Naturmeric Black Turmeric 10x lebih berkesan daripada 'Aspirin💊' dalam mengurangkan keradangan kronik.

Untitled 16 1 makanan pantang gout

Senarai Makanan Pantang Gout 2025 (Paling Lengkap)

Jika anda pesakit gout atau paras asid urik tinggi, pemakanan adalah faktor paling kritikal yang perlu dijaga. Ramai yang terlepas pandang – makan sedikit sahaja makanan ‘pantang’, terus diserang gout malam itu juga!

Berikut ialah senarai lengkap makanan yang perlu dielakkan, perlu dikurangkan dan selamat dimakan untuk tahun 2025 – berdasarkan kajian terkini.

❌ Makanan Yang Perlu Dielakkan Terus

Makanan ini tinggi purin, dan akan meningkatkan paras asid urik dengan cepat. Elakkan terus jika anda tidak mahu diserang gout:

  • Organ dalaman (hati, limpa, paru, otak)
  • Daging merah (lembu, kambing)
  • Kerang, kupang, sotong, ketam
  • Ikan bilis, ikan kering, ikan sardin, makerel
  • Makanan proses (nugget, sosej, burger)
  • Minuman manis, bergas dan alkohol
  • Sup tulang atau sup daging pekat

⚠️ Makanan Yang Perlu Dikurangkan

Makanan ini masih boleh dimakan dalam jumlah sederhana, tetapi perlu dikawal:

  • Ayam – ambil bahagian dada tanpa kulit
  • Kacang dal, kacang tanah, kacang soya
  • Cendawan
  • Bayam, asparagus, kobis bunga
  • Produk tenusu tinggi lemak

✅ Makanan Yang Selamat Untuk Pesakit Gout

Makanan ini rendah purin dan sesuai diamalkan untuk bantu turunkan asid urik secara semulajadi:

  • Beras perang, oat, ubi, keledek
  • Sayur hijau (selain yang disenaraikan atas)
  • Buah ceri, epal, lemon, nanas
  • Produk tenusu rendah lemak (susu rendah lemak, yogurt)
  • Minyak zaitun, minyak kelapa dara
  • Air kosong – minum 2-3 liter sehari

Tips Pemakanan Untuk Elak Serangan Gout

  1. Makan ikut waktu & jangan biar perut kosong terlalu lama
  2. Kurangkan garam & gula dalam masakan
  3. Masak cara kukus, rebus atau panggang – bukan goreng
  4. Minum air kosong setiap 1-2 jam
  5. Elak ‘makan besar’ waktu malam

Naturmeric – Suplemen Herba Yang Bantu Kawal Gout Dari Punca

Selain jaga pemakanan, anda juga boleh amalkan suplemen semulajadi untuk bantu:

  • Turunkan asid urik secara semulajadi
  • Kurangkan bengkak & radang sendi
  • Detoks buah pinggang & lancarkan pengaliran darah

NATURMERIC adalah produk berasaskan 100% ekstrak kunyit hitam asli (Curcuma Caesia), terbukti membantu ribuan pesakit gout di Malaysia sejak 2022.

Sedang Jaga Makan Tapi Gout Masih Datang?

Jika anda dah jaga makan tapi gout tetap menyerang, itu tandanya badan anda masih tinggi keradangan dalaman.

Klik di sini untuk cuba Naturmeric hari ini – solusi semulajadi untuk bantu kawal gout dari akar masalah.