Naturmeric Black Turmeric 10x lebih berkesan daripada 'Aspirin💊' dalam mengurangkan keradangan kronik.

Untitled 16 1 perbezaan osteoarthritis dan rheumatoid

Perbezaan Osteoarthritis dan Rheumatoid – Rawatan Tak Sama!

Sakit sendi yang kronik sering dikaitkan dengan “arthritis”, tapi tahukah anda bahawa ada dua jenis utama yang berbeza dari segi punca, simptom dan rawatannya?

Osteoarthritis (OA) dan Rheumatoid Arthritis (RA) adalah dua jenis arthritis paling biasa, tapi memerlukan pendekatan rawatan yang sangat berbeza. Salah faham boleh menyebabkan rawatan salah dan sendi makin rosak!

Apa Itu Osteoarthritis?

Osteoarthritis ialah kerosakan rawan sendi akibat penggunaan berlebihan, penuaan atau berat badan berlebihan. Ia adalah bentuk arthritis yang paling biasa di kalangan warga emas.

Punca Osteoarthritis:

  • Usia (rawan haus secara semulajadi)
  • Berat badan berlebihan
  • Kecederaan sendi lama
  • Pergerakan berulang seperti naik tangga, angkat barang

Simptom Osteoarthritis:

  • Sakit bila bergerak, lega bila rehat
  • Bunyi ‘klik’ atau ‘geseran’ dalam sendi
  • Bengkak ringan di sendi terlibat
  • Sendi terasa kaku waktu pagi, tapi kurang dari 30 minit

Apa Itu Rheumatoid Arthritis?

Rheumatoid Arthritis pula adalah penyakit autoimun di mana sistem imun menyerang tisu sendi anda sendiri. Ia boleh berlaku pada usia muda dan memberi kesan kepada lebih dari satu sendi secara simetri (kedua-dua belah).

Punca Rheumatoid Arthritis:

  • Gangguan sistem imun
  • Genetik dan faktor keturunan
  • Jangkitan virus tertentu (pencetus awal)

Simptom Rheumatoid Arthritis:

  • Sakit sendi simetri (kedua-dua tangan, pergelangan, lutut)
  • Kekakuan pagi lebih dari 1 jam
  • Demam ringan, keletihan kronik
  • Bengkak sendi secara berterusan

Jadual Ringkas: Perbezaan OA vs RA

FaktorOsteoarthritis (OA)Rheumatoid Arthritis (RA)
PuncaHaus rawan / tekanan fizikalSistem imun serang sendi
Usia biasa50 tahun ke atas30–50 tahun, boleh jadi lebih muda
Sendi terjejasLutut, pinggul, tulang belakangTangan, pergelangan, kaki
Simetri?TidakYa
Simptom waktu pagi< 30 minit> 60 minit

Rawatan Untuk Kedua-Dua Jenis Arthritis

Untuk Osteoarthritis:

  • Senaman low-impact untuk kuatkan otot sekitar sendi
  • Suplemen untuk pelincir sendi & anti-radang
  • Kawal berat badan & pemakanan sihat

Untuk Rheumatoid Arthritis:

  • Rawatan perubatan untuk kawal sistem imun (steroid / DMARDs)
  • Amalan gaya hidup anti-keradangan
  • Terapi sokongan untuk sendi terjejas

Kunyit Hitam – Anti-Radang Semulajadi Untuk Kedua-Dua Jenis Arthritis

Kunyit Hitam (Curcuma Caesia) membantu kedua-dua OA dan RA dengan cara:

  • Curcuminoid – kawal keradangan sendi dengan efektif
  • Flavonoid – lindungi tisu rawan dari kerosakan
  • Alkaloid – bantu detoks dan sokong imun badan

NATURMERIC – Solusi Lengkap Untuk Masalah Arthritis

NATURMERIC adalah suplemen kunyit hitam yang membantu:

  • Kurangkan sakit & keradangan sendi dengan cepat
  • Stabilkan sistem imun (untuk RA)
  • Lindungi rawan daripada kehausan (untuk OA)

Klik di sini untuk cuba NATURMERIC hari ini – bantu rawat arthritis anda dari akar punca.